Kejadian bom kimia yang berlaku di Khan Sheikhun itu menyaksikan lebih 20 mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak telah terkorban. Kejadian ini menimbulkan kemarahan penduduk dunia apabila viral di media sosial keadaan di Syria yang sangat menyedihkan.
Lebih 10k perkongsian di laman Twitter, gambar Syria 7 tahun lepas pasti membuatkan anda merasa sayu. Fatimah merupakan seorang penulis puisi pernah ke sana 7 tahun lepas untuk tujuan lawatan sempat berkongsi beberapa keping gambar di laman Twitter miliknya.
Syria 7 tahun lepas
Melalui tweet Fatimah, kesemua gambar yang dikongsi telah mendapat perhatian dunia. Rata rata semua melahirkan rasa kesedihan di saat Syria menjadi mangsa bom kimia. Fatimah juga turut berkongsi kesedihan apabila memikirkan nasib orang yang ditemui di Syria itu sendiri.
Rasa sebak tengok perkongsian gambar ini apabila mengenangkan nasib rakyat di sana yang sedang berjuang untuk hidup.
Memang cantik Syria yang dulu
Sebagai rakyat Amerika, memang mudah untuk hanya mendengar US sedang bom kan beberapa tempat dan tidak merasakan apa apa. Mereka tidak akan melakukan apa-apa kerana tidak merasakan ianya satu masalah.
Saya tidak dapat mengambarkan perasaan saya bagaimana mereka sangat mengalu-alukan kedatangan saya ketika saya di Damsyik, Aleppo. Betapa baiknya mereka sehinggakan saya berasa sangat selesa
Ramai yang sedih
Semoga mereka beroleh keamanan kembali. Sama sama kita doakan keselamatan mereka dan berjuang bersama sama agar Syria kembali selamat dan dibawah lindungan Allah sentiasa. Aminn.
Sumber : fatimah asghar