Korang masih ingat komik seperti Majalah Ujang dan Gila-Gila? Admin dulu time kecik memang suka layan komik-komik tu. Dan admin pasti korang tahu yang founder Majalah Ujang tu namanya Ujang. Memang legend brader Ujang ni.
Tapi sedih bila dapat tahu dia telah diberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam oleh sebuah syarikat penerbitan yang mengeluarkan komik sebuah kartun popular di Malaysia. Dulu mereka merayu kepada Ujang untuk membantu mereka memulakan syarikat mereka. Tapi bila habis madu, sepahnya dibuang.
Merayu untuk membantu.
Anak-anak masih belajar, isteri kanser.
Mesej ini dihantar Ujang kepada pengasas syarikat penerbitan bahan-bahan bacaan bercetak yang menggunakan cerita-cerita dan watak-watak dari siri animasi popular Malaysia. Sedihnya, tiada respon dari individu yang dikenali sebagai ‘Tengku’.
Kredit : Ibrahim Ujang Anon