Sebelum ni memang kita tahu adik Syahid anak kepada seorang anggota kumpulan UNIC, Bazli Hazwan menghidapi penyakit kanser kalenjar peringkat ketiga. Hari ni, sedih dan pilu rasa hati apabila mengetahui berita pemergian adik Syahid yang baru berusia 4 tahun itu.
Syahid telah menghembuskan nafasnya pagi tadi di dalam bulan Ramadan yang penuh kemuliaan dan barakah ini. Berita ini diketahui apabila Bazli telah berkongsi foto di akaun instagram miliknya dengan kapsyen yang menyayat hati. Ramai rakan artis juga turut berkongsi rasa sedih ini.
Pergi meninggalkan kita
Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dh pergi meninggalkan kita sebentar td. Allah sygkan syahid.. Anakku…
Rindu nak baca Al-Quran
Syahid.. Ayah akan rindu nk baca quran dgn syahid lgi naaak.
Selain Bazli, pengacara dan selebriti tv, Fedtri Yahya juga turut berkongsi berita pemergian adik Syahid di akaun instagram miliknya.
Al-Fatihah
Sebelum ini, menurut Bazli anaknya itu telah mengalami bengkak kecil di bahagian leher pada Disember tahun lalu. Kemudiannya, Bazli membawa pula anaknya kembali semula ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan di Damansara dan Hospital Sungai Buloh.
Akan disemadikan lepas zuhur
Pemergian adik Syahid ini telah menimbulkan rasa sayu dan pilu kepada semua terutama insan yang paling dekat dengannya, ibu dan bapanya.
Tenanglah adik Syahid disana, syurga pasti tempatmu. Aminn. Salam takziah daripada kami OhBulan! buat Bazli sekeluarga atas pemergian anak tersayang.
Sumber : Bazli