Setakat ini Malaysia berjaya meraih satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa menerusi beberapa acara dalam Sukan Sea 2017. Mesti ramai yang teruja dengan pencapaian atlet kita ini kan?
Sempena dengan Sukan Sea ini, Media Prima Digital (MPD) telah melancarkan satu aplikasi khas, ‘Kita Juara’ untuk memberikan liputan terkini kepada orang ramai. Nah di sini kami senaraikan 5 featured best dalam aplikasi ini. Syok!
Highlights bola sepak tempatan dan Sukan Sea
Highlights bola sepak tempatan
Highlights Sea Games
Kami percaya mesti ramai yang minat sukan bola sepak ini kan? Rasa semangat lain macam bila pasukan bola negara menang menentang Singapura semalam. Selain daripada lihat perlawanan bola secara live di kaca tv dan stadium, korang juga boleh mendapatkan highlights semasa melalui aplikasi ini. Mudah kan?
Selain sukan bola sepak tempatan, highlights mengenai Sukan Sea pun ada. Contohnya perlawanan Bola Jaring : Brunei vs Malaysia, Bola Sepak : Malaysia vs Brunei dan macam-macam lagi!
Jadual perlawanan Sukan Sea
Ha ini part yang paling menarik! Korang boleh tengok sendiri jadual perlawanan Sukan Sea yang bakal berlangsung, jadi korang pun bolehlah standby depan TV untuk menonton sukan kegemaran secara live. Kepada yang tak sempat menonton di kaca tv, jangan risau! tonton kan ada. Nak live streaming pun boleh. Seronok kan?
Buat pengetahuan korang, tonton memperkenalkan 2 saluran eksklusif secara live streaming. Korang boleh menyaksikan live ini setiap hari bermula jam 9 pagi. Yang tak sempat tengok secara live, korang boleh ‘Catch Up’ match 24 jam selepas siaran langsung berakhir. Syok betul!
Berita semasa sukan tempatan & Sukan Sea
Dah tak perlu buang masa ke facebook nak dapatkan berita semasa mengenai sukan kegemaran korang, click saja ‘Kita Juara’ untuk baca perkembangan sukan tempatan dan Sukan Sea 2017. Sambil tunggu train, menonton TV dan makan pun boleh!
Kedudukan pingat
Setakat ini pasukan negara berjaya meraih 1 emas (Sepak Takraw – Chinlone Acara 3 Lelaki) , 1 perak (Memanah Compound Lelaki) dan 2 gangsa (Memanah Compound Wanita & Sepak Takraw Chinlone Acara 2 Lelaki). Wow! Tahniah kami ucapkan!
Seperti yang dapat di lihat di atas, pengguna Kita Juara boleh tengok kedudukan pingat terkini yang berjaya diraih pasukan negara.
Repeat match berkali-kali!
Yang mana selalu terlepas nak tengok live sukan kegemaran korang tu, bolehlah download aplikasi Kita Juara ni. Boleh korang REPEAT video tu banyak kali! Jadi apa tunggu lagi? Cepat-cepat!
Lets support Malaysia! #BangkitBersama