Baru baru ini viral di Youtube video aksi ghairah seorang gadis yang didakwa mirip pelakon, Eyka Farhana. Video yang dimuatnaik sekitar Julai lalu itu mendapat lebih 11 ribu tontonan. Bertindak bagi mempertahankan diri, Eyka telah pun membuat laporan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menerusi laman Instagram milik Eyka, dia ternyata berang dengan tindakan tidak bermoral pihak tidak bertanggungjawab itu. Eyka juga berharap agar mereka semua ditahan segera bagi menjaga nama baik keluarganya.
Eyka tidak pernah main-main
Eyka tidak pernah main-main dengan perkara membabitkan maruah. Orang mungkin nampak perkara ini remeh malah ada yang mempersendakan. Maruah eyka dan keluarga adalah perkara yang sangat eyka junjung.
Kepada mereka yang menularkan video lucah dan menggunakan nama eyka, anda kini dalam pemerhatian polis. Begitu juga kepada netizan yang menghantar mesej mengatakan punya bukti mengatakan wanita dalam video terbabit adalah eyka.
Eyka mahu mereka menerima hukuman sewajarnya
Walaupun anda sudah memadamkan mesej terbabit eyka sempat screenshot dan menyerahkan kepada pihak polis. Eyka benar-benar mahu orang yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara terkutuk ini menerima hukuman sewajarnya.
Mungkin sebelum ini mereka terlepas tetapi eyka benar-benar berharap pihak @pdrm_official dapat menahan si pelaku. Agar ia menjadi pengajaran supaya tidak mengaibkan orang lain terutama wanita sewenang-wenangnya. Disini Eyka menuntut keadilan.
Sumber : eykafarhana