Baru baru ini viral di media sosial apabila ada dakwaan Fattah Amin dan Fazura bakal berkahwin di Mekah. Berita itu mendapat pelbagai respon netizen yang rata-rata terkejut dengan berita itu. Walau bagaimanapun, pembantu peribadi Fattah Amin menafikan dakwaan itu dan mengaku bahawa majlis yang diadakan itu hanyalah majlis kenduri selamat.
Terbaru, menerusi Utusan Online mereka dikatakan sudah selamat dijabkabulkan pada 14 November lalu. Biar betul? Fattah dan Fazura yang kini sedang mengerjakan umrah dijangka akan membuat satu sidang akhbar tergempar. Jadi, sama sama kita nantikan.
Dinikahkan pada 14 November lalu?
Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 malam pada tarikh itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu.
Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memilih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal.
Menurut sumber kepada Mingguan Malaysia, Fattah dan Fazura telah pun selamat diijabkabulkan sekitar pukul 12.30 tengah malam, 14 November lalu di banglo kediaman nenek Fazura di Petaling jaya. Berwalikan abang kandung Fazura sendiri, mereka selamat dinikahkan dengan hanya sekali lafaz.
Percepatkan hari pernikahan mereka
Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana.
Oleh itu, pada hari pertunangan mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah.
Menurut sumber yang sama, pada awalnya majlis pernikahan dirancang untuk diadakan di Tanah Suci Mekah tetapi pada saat-saat akhir keputusan diubah pada hari pertunangan mereka. Pasangan itu bertunang sehari sebelumnya, iaitu pada 13 November di lokasi yang sama.
Bagaimanapun sehingga kini, baik Fattah mahupun Fazura belum membuat sebarang pengesahan atau pengumuman rasmi mengenai status terkini mereka. Malah, pihak pengurusan kedua-dua belah pihak juga hanya mendiamkan diri dan menjelaskan majlis yang berlangsung di kediaman nenek Fazura itu hanyalah kenduri doa selamat sempena pemergian pasangan ini ke Tanah Suci.
Sumber : Utusan