Semalam berlangsungnya malam InTrend Gala 2017 yang diadakan di Aloft Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan itu adalah sempena menyambut ulang tahun majalah Intrend yang sudah masuk 12 tahun di Malaysia. Memang ramai artis yang hadir ke malam itu dengan bertemakan neon dan zodiak. Meriah habis!
Namun, yang paling menarik perhatian netizen adalah pakaian Neelofa. Rata-rata menganggap pakaian Neelofa tidak senonoh. Apa apa pun tahniah buat Neelofa kerana menang besar malam itu.
Cantiknya Neelofa
Neelofa menang besar dengan membolot tiga anugerah pada Malam Gala Intrend 2017. Anugerah Selebriti Paling Menawan, Anugerah Suri Teladan Inspirasi dan satu anugerah khas iaitu Anugerah Adi Teladan.
Dia telah hadir dengan mengenakan satu busana cantik, namun dia telah dikecam kerana busana itu dianggap terlalu seksi dan menonjolkan bahagian dada untuk seseorang yang bergelar Hajah sepertinya.
Ramai kecam
Sumber : Rotikaya