Walaupun sudah 2 hari berlalu, isu Farid Kamil yang dikatakan menampar polis masih menjadi bualan hangat netizen sehingga kini. Ramai mendakwa Farid Kamil dan Diana Danielle tidak lagi sebumbung ekoran dari kenyataan Farid merindui anaknya. Walau bagaimapun, ramai rakan artis yang menyokong Farid Kamil dan berharap agar netizen hentikan tohmahan terhadap keluarga ini.
Artikel Berkaitan : ‘1 Jari Tunjuk Orang, Lagi 9 Hadap Diri Sendiri’ – Sedih Farid Kamil Dihentam, Ini Respon Fizo Omar
Terbaru, Diana Danielle isteri kepada Farid Kamil sendiri memberi kenyataan balas setelah 2 hari berdiam diri. Diharap pihak luar tidak lagi membuat andaian yang bukan-bukan mengenai hubungan mereka.
Suami saya tidak pernah memukul saya
Menerusi perkongsian Diana, dia memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk bercakap mengenai isu ini. Dia berterima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan mereka sekeluarga. Yang kedua, dia turut menafikan dakwaan yang dibuat oleh segelintir netizen. Diana mengaku Farid tidak pernah memukul dia walau sekalipun.
Dia mempertahankan suaminya, Farid walau apa yang terjadi. Akhir sekali, dia memberitahu tidak akan jawab soalan yang dirasakan tidak penting dengan keadaan ini.
Doakan yang terbaik
Apa apa pun kami dari Ohbulan! sentiasa mendoakan agar pasangan ini terus bersabar dengan ujian Allah ini. Kami yakin apa penjelasan yang baik dengan apa yang berlaku.
Sumber : Instagram Diana Dianelle