Seperti yang umum sedia maklum, suami kepada Mawar Rashid, Raf Yaakob mempunyai sepasang cahaya mata yang comel. Seperti anak selebriti yang lain, Rayyan dan Chanella sering menjadi tumpuan netizen di media sosial. Telatah yang comel terutama sekali Chanella membuatkan ramai terhibur.
Namun, ada juga yang mempertikaikan mengapa anak tidak diajar berbahasa Melayu. Kata mereka, kesian betul tak pandai Melayu. Apa pendapat korang pula?
Gaya rambut baru
Menerusi video yang dimuat naik Raf di instagram, mereka berdua semalam telah mencuba gaya rambut baru. Raf dengan bersahaja menyakat anaknya yang kelihatan semakin handsome. Di ruangan komen, seorang individu meninggalkan komen bersimpati kerana anak tidak diajar berbahasa Melayu.
Kesian tak ajar anak cakap melayu
Bila tak ada kerja mulalah jadi keyboard warrior
Ramai setuju Raf ajar anak Inggeris
Sumber : Instagram Raf Yaakob