Hairul Azreen dan Hanis Zalikha merupakan antara pasangan artis popular di Malaysia. Rumahtangga mereka diserikan lagi dengan kehadiran si bayi comel Yusuf Iskandar. Walaupun masing-masing sibuk dengan hal kerjaya, namun pasangan romantis ini tetap mengutamakan keluarga.
Anda boleh lihat sendiri aktiviti serta foto yang dikongsikan di laman Instagram Hairul dan juga Hanis. Apa rahsia mereka untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga? Mungkin ini salah satu caranya.
Mendapat lebih 15k perkongsian
“We can truly be the reflection of our partner” – Hanis Zalikha pic.twitter.com/9LIEDkJGRK
— Alice (@alyssanadia253) February 3, 2018
Seorang pengguna Twitter telah memuat naik foto diatas mengenai kisah Hanis Zalikha di Instagram story. Tweet tersebut telah mendapat lebih 16k Retweet. Ini ceritanya..
Tertinggal kad, ingin membalas dengan sesuatu perkataan. Tapi..
Baru-baru ini Hanis Zalikha telah berkongsi satu situasi di Instagram Story dimana Hairul sudah keluar dari rumah, tetapi dia tertinggal kad akses rumah. Hairul menghantar whatsapp dan bertanya mengenai kad itu.
Selepas itu, Hanis ingin membalas whatsapp dengan berkata ‘Apaaa?’ dan dia hampir menekan butang ‘send’ di telefon bimbitnya. Tiba-tiba Hanis teringat bahawa suaminya tak pernah berkata sebegitu jika Hanis sendiri tertinggal kad di rumah.
Jadi, daripada ingin menghantar ‘Apaaa’, Hanis menggantikan dengan membalas ‘okay sayang’.
Dapat pujian dari netizen
Sumber: Twitter