berita

Ditahan Positif Dadah, Sofi Jikan Antara Tiga Artis Didakwa Aniaya Farid Kamil?

February 7th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Awal Januari lalu, pelakon terkenal Farid Kamil telah ditahan polis selepas menampar dan menyerang dua orang awam di balai polis Kota Damansara. Selain itu, Farid Kamil juga didakwa atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan. Walaubagaimanapun pelakon tersebut mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Ekoran daripada itu, Farid Kamil membuat laporan polis mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis sehingga menyebabkan dia berkelakuan ganas. Terbaru, Kosmo Online melaporkan pelakon Sofi Jikan semalam ditahan polis selepas positif dadah ketika beri keterangan bantu siasatan kes Farid Kamil.

Sofi Jikan ditahan positif dadah

Menurut laporan Kosmo Online, pelakon Sofi Jikan ditahan polis selepas hadir ke Balai Polis Mutiara Damansara untuk memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat Farid Kamil pada 31 Januari lalu. Penahanan dibuat selepas Sofi Jikan didapati positif dadah. Dia akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Sebelum ini, akhbar Malay Mail melaporkan Farid Kamil mendakwa dirinya dianiaya oleh tiga rakan artis yang mencemarkan minuman dengan dadah sehingga dia bertindak di luar kawalan di Balai Polis Kota Damansara bulan lalu.

Tiga rakan artis yang dimaksudkan ialah seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang terkenal dengan irama R&B pada 90-an dan seorang lagi pelakon.

Sumber : Kosmo Online, Malay Mail Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×