Pada 22 Februari lalu, pelakon popular Nora Danish telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.97kg secara pembedahan. Bayi yang dilahirkan sihat sempurna itu diberi nama Mohamed Neyqal. Memang sangat comel, tembam dan putih kemerahan seperti ibunya juga.
Di Instagram, Nora Danish meluahkan rasa bersyukur dengan kehadiran bayi ini dan dia juga ada memberi penjelasan mengapa terpaksa melahirkan Ney Ney secara pembedahan. Menurutnya, dia mempunyai 2 fibroids yang bahaya jadi berisiko tinggi jika bersalin normal.
Ada dua fibroids yang sangat bahaya
Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah swt untuk kehadiran NeyNey. Saya juga berterima kasih kepada keluarga, rakan dan followers atas doa yang diberikan. Saya melahirkan bayi lelaki pada 22 Februari 2018 seberat 2.97kg. NeyNey dijangka keluar pada 9 Mac tapi nampaknya dia nak lihat dunia lebih awal. Alhamdulillah untuk bayi para-matang anak saya sihat. Saya memang nak lahirkan NeyNey secara normal tetapi saya dinasihatkan Dr Aziz supaya melakukan c-section kerana selepas diperiksa saya ada 2 fibroids yang sangat bahaya. Saya bersyukur kandungan selamat kerana sebenarnya fibroid ini boleh menyebabkan keguguran dan saya mungkin ada di ICU. Jadi saya nak nasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk ada anak supaya buat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu, jika ada fibroids remove dahulu. Saya bertuah sangat kami berdua selamat dan sihat. Saya sangat bersyukur kepada Allah swt. Saya juga nak berterima kasih kepada Dr Aziz atas khidmat yang diberikan.
Penting untuk ibu-ibu check up
Sumber : Instagram Noradanish