Tidak dapat bayangkan situasi jemaah serta kanak-kanak dalam sebuah masjid di Sungai Plong, Sungai Buloh apabila seekor babi hutan tiba-tiba merempuh masuk ke dalam dewan solat. Semua sedia maklum bahawa babi hutan seekor haiwan yang agak agresif dan boleh mendatangkan kecederaan. Baca untuk berita selanjutnya.
Kejar jemaah & kanak-kanak, seorang cedera disondol
(Sekadar gambar hiasan)
Menurut laporan Astro Awani, kejadian berlaku di Masjid Sungai Plong pada Selasa malam dimana babi hutan itu dikatakan sesat dan memasuki ruang utama ketika jemaah masjid sedang solat sunat selepas waktu Maghrib. Selain itu, babi hutan ini juga dilaporkan mengejar jemaah serta kanak-kanak yang berada di luar dewan berkenaan.
Apabila babi hutan itu semakin liar akhirnya haiwan itu berjaya ditembak oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah. Walaubagaimanapun, seorang jemaah dipercayai cedera akibat disondol babi tersebut. Akibat perkara yang tidak dijangkakan itu, solat Isyak terpaksa ditunaikan di luar dewan berkenaan.
Sumber: Astro Awani