Semalam viral satu foto makeup menunjukkan seorang wanita yang disolek dan ditampal dengan sekuntum bunga sehingga menutup sebahagian wajahnya. Wanita itu dijemput menjadi salah seorang tetamu jemputan dalam program bual bicara Borak Kopitiam yang disiarkan di saluran TV3.
Makeup yang bertemakan bunga itu dikritik teruk netizen sehingga ada yang menganggap ianya keterlaluan. Menerusi Mstar, ini penjelasan sebenar mengenai perkara itu.
Menunjukkan animasi menggunakan bunga
Ya, memang saya tampal bunga sebesar itu pada wajah dia (model) sebab mahu menunjukkan seni animasi menggunakan bunga.
Kalau sesiapa yang menonton program ini pagi tadi, mereka akan nampak ada lakaran beberapa ekor kumbang di sekitar bunga tu.
Bagaimanapun Bunga menegaskan sebagaimana yang disebutnya dalam program bual bicara itu, solekan wajah berkenaan dibuat mengikut acara dan tema tertentu.
Wanita berkenaan sebenarnya merupakan seorang model yang hadir ke program itu bersama seorang jurusolek sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan topik berkaitan seni solekan wajah.
Bukan solekan keluar hari-hari
Ia bukanlah solekan bila wanita nak keluar tiap-tiap hari, memanglah tak sesuai. Saya sebenarnya dah lama buat solekan ni, untuk sesi penggambaran foto di luar atau dalam studio mengikut tema seperti flora.
Kalau ada majlis-majlis tertentu yang ada tema flora pun boleh buat macam ni. Tema pun flora, dah tentu ada bunga… sinonim dengan wanita.
Menurut Bunga, dia menganggap kritikan netizen berhubung solekan itu mungkin disebabkan mereka tidak menonton penjelasannya di dalam program berkenaan, dan hanya memberi pandangan berdasarkan gambar-gambar yang tular.
Kalau tampal bawang, pedih pulak
Kalau mereka tengok saya di TV, pasti mereka tahu kenapa bunga sebesar itu ditampal pada muka. Bunga je pun, lainlah batu kalau ditampal nampak pelik.
Kalau saya tampal bawang pula kat muka, lebih-lebih lagi kat tepi mata nanti pedih pula.
Kecaman orang
Sumber : Mstar