Semalam Zaihani Mohd Zain menerusi laman Instagram memohon maaf diatas status sensitif yang dikeluarkannya baru-baru ini. Beliau menjelaskan status yang ditulis itu sekadar keluhan pengalaman yang dialaminya bukanlah bertujuan untuk menghina.
Artikel berkaitan : Pengulas Fesyen Akhirnya Buka Mulut, Nafi Kutuk Orang Gemuk
Sebagai seorang kenalan lama dan rapat, pereka terkenal Rizalman memohon orang ramai mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Tambahnya lagi, dek kerana kecaman, Zaihani sekarang mungkin orang yang paling mulia di dunia.
Zaihani mohon ampun dan maaf
Status permohonan maaf di atas ditulis Zaihani di laman Instagram sekaligus menjelaskan keadaan yang sebenar. Katanya, status Facebok tempoh hari adalah luahan hati mengenai situasi yang dialaminya baru-baru ini. Tambahnya lagi, tidak mungkin dia dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai stylist selama 3 dekad jika berfikiran judgemental.
Baca dan masukkan dalam otak, hati
Baca dan masokkan dalam otak, hati dan simpan dalam iman. #gorengbawangjangansampaihangit
Kita semua harus ambil iktibar
Beliau yang saya kenal sentiasa jinjing beg telekung
Mungkin sekarang, Zaihani insan paling mulia dek kecaman
Sumber : Rizalman71