Dinobat sebagai Aktress Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL), Janna Nick terbukti seorang pelakon yang sangat berbakat dan digemari ramai.
Meskipun, kadang kala pelbagai kritikan diterimanya, Janna Nick ketika menjawab kepada mStar Online memberitahu lebih selesa tidak ‘melayan’ kritikan di laman sosial.
‘Jika tidak suka, saya padam dan sekat akaun tersebut’
Ketika ditemui mStar Online di Anugerah DFKL, Janna berkata lebih selesa menjawab isu berkaitan dirinya kepada wartawan. Katanya lagi, lebih baik tidak mengambil tahu dan membalas komen negatif yang dilemparkan.
Saya mudah, jika tidak suka tentang apa perkara negatif dan fitnah dilemparkan saya padam dan sekat akaun tersebut kerana lebih baik tidak mengambil tahu atau membalas komen tersebut.
Pada saya jika ada sesuatu isu, saya lebih senang menjawab kepada wartawan dan bukannya berbalas komen di Instagram.
Buat apa nak lawan dalam alam maya?
Tambahnya lagi, dia juga tidak tahu sama ada akaun media sosial tersebut benar-benar wujud ataupun fake.
Saya pilih untuk tak memanjangkan sesuatu perkara dengan berbalas komen dengan netizen kerana kita sendiri tidak tahu kewujudan mereka ini atau pun waras ke tidak.
Buat apa hendak lawan dalam alam maya yang tak nyata? Namun apa yang baik saya ambil sebagai panduan dan berunsurkan negatif sehingga menghentam dan menjatuhkan, saya padam dan sekat akaun mereka.
Memberi komen mengenai kemenangannya di DFKL, Janna Nick sendiri tidak menyangka akan menang memandangkan Farah Nabilah sangat popular menerusi drama Titian Cinta.
Rasa terkejut juga mula-mula sebab ingat Farah Nabilah yang menang kerana Titian Cinta sangat popular.
Tetapi ini semua kerja keras peminat yang tidak jemu-jemu mengundi saya sehingga mendapat trofi ini buat kali kedua.
Hendak menang itu mudah tetapi untuk pertahankan kemenangan itu yang sukar.
Insya-Allah jika ada rezeki memang saya nak pertahankan kemenangan menerusi kategori itu dan untuk itu saya perlu bekerja lebih kuat lagi.
Apa-apapun tahniah kami ucapkan kepada Janna Nick!
Sumber : mStar Online