Sehingga ke hari ini, mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apakah punca berlakunya perpisahan antara Bella Dally dan Nazim Othman. Namun, pasangan ini mengambil keputusan untuk hanya berdiam diri tanpa mendedahkan punca sebenar.
Nazim Othman menerusi Instagram berkongsi gambar semasa mereka menghabiskan masa terakhir bersama-sama. Menurut Nazim, pada hari tersebut mereka bercakap dari hati ke hati sebelum mengambil keputusan berpisah.
Gambar sehari sebelum failkan penceraian
It’s hard, it’s heartbreaking
Gambar ini diambil pada hari kami menghabiskan 6 jam bercakap dari hati ke hati berkenaan perpisahan ini. Sehari sebelum saya terbang ke Kota Kinabalu untuk failkan kes. Gelak tawa, air mata dan punca, semuanya biarlah kami simpan antara kami sahaja. Kami menerima ketentuan dengan hati yang terbuka dan bersetuju untuk tidak mensensasikan perkara ini kepada umum.
Kuncinya adalah redha. Kami sangat menghargai segala nasihat yang diberikan namun kami mengikut ‘jalan’ yang telah diberikanNya ini melalui istikarah. Ianya payah dan menyakitkan tapi kami percaya Dia hanya menguji hambaNya sesuai dengan keupayaannya. Kami juga percaya ini adalah yang terbaik buat kami. Apa-apapun Dia adalah sebaik-baik perancang. Oleh itu, sekarang kami termasuklah anda semua perlulah menjalani hidup dengan tenang dan positif. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. Selamat berpuasa.
Sumber : @nazimothman