Menerusi laman Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM), seorang wanita berkongsi telah dicerai talak tiga gara-gara tidak mengizinkan suami melakukan seks luar tabii. Beliau dipercayai diceraikan selepas suami mendapat tahu isteri membuat aduan kepada pejabat agama.
Selain tidak pulang ke rumah, suami turut mengugut tidak mahu menyediakan wang untuk keperluan anak. Kejam!
Kelmarin buat aduan, hari ini diceraikan talak tiga
Menerusi screenshot whatsapp, si suami mengugut tidak akan memberikan wang nafkah selagi si isteri tidak membenarkannya melakukan hubungan luar tabii. Lebih kejam lagi, suami langsung enggan pulang ke rumah meskipun pada hari raya.
‘Nak try sekali je’
Suami turut memberitahu hanya mahu mencuba namun ditolak oleh isteri sambil mengingatkan mengenai nafkah anak yang tertunggak.
‘Nak duit bagi ju** baru balik’
Tidak berpuas hati isteri membuat aduan kepada jabatan agama, suami telah menceraikannya dengan talak tiga. Selain itu, dia diberi tempoh selama dua minggu sahaja untuk mengosongkan rumah yang sedang didiami sekarang.
Sumber : Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM)