Beberapa hari lepas, viral di media sosial video seorang isteri membuat kejutan kepada suami memaklumkan mengenai kehamilannya. Setelah 5 tahun mencuba, akhirnya pasangan ini dikurniakan zuriat dan ramai turut sebak melihat si bapa mengalirkan air mata kegembiraan.
Rupa-rupanya si isteri mempunyai Sindrom Polisistik Ovari (PCOS) yang menyebabkannya sukar hamil. Jadi dia telah berusaha untuk diet sehingga kurang 15kg dan akhirnya hamil!
Sabar itu indah
A pcos fighter! Sabar itu indah. 5 tahun terpaksa tutup telinga tahan perit bila makcik2 bertanya bila nk ada anak? Yg penting they love each other unconditionally. Allah has written the best story for us. Keep faith.
(Oklah ucu nak siapkan bilik baby ni ??) pic.twitter.com/VlN6rbC6QA— Balqis (@bellezack) June 18, 2018
Hilang 15kg dalam masa 3 bulan
Menurut gadis ini, sindrom PCOS boleh terjadi kepada sesiapa sahaja namun kebanyakannya berlaku kepada wanita yang terlebih berat badan dan haid yang tidak teratur.
PCOS tiada ubat. Kakaknya cuba untuk diet atkins selama 3 bulan dan aktif bersukan. Akhirnya dia hilang 15kg, ovum menjadi kuat dan disahkan hamil.
Kepada PCOS Fighter, jangan mudah mengalah
Pengalaman penghidap PCOS
Sumber : Balqis