Tidak sampai seminggu Numan Afifi diberikan jawatan sebagai Pegawai Akhbar kepada Menteri Belia dan Sukan, akhirnya dia ambil keputusan untuk menarik diri daripada melakukan tugas berkenaan. Hal ini kerana dia telah menerima banyak kecaman serta cacian dari netizen gara-gara status seksualitinya. Tetapi adakah wajar seseorang itu tidak harus diberi peluang kerana isu kontroversi yang lepas? Baca penjelasan dari seorang pengguna Twitter ini.
‘Tolak sebab dia seorang aktivis LGBTQ’
Semua sedia maklum bahawa Numan pernah menganjurkan berbuka puasa gay sebelum ini. Berhubung dengan isu tersebut, ramai tidak bersetuju dengan perlantikan Numan sebagai Pegawai Akhbar kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abd Rahman. Teruk dikecam di sosial media akhirnya Numan ambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Adakah ‘layanan’ netizen keterlaluan? Baca pendapat individu ini.
‘Kita sebagai masyarakat sepatutnya membimbing mereka..’
Jika mereka diancam dari segi keselamatan, mereka berhak mendapat perlindungan PDRM dan sebagainya. Perkara asas begini adalah hak semua. Hak masyarakat juga untuk mencegah penyakit berbahaya. Kenapa ? boleh rujuk link ni : https://t.co/XSIl4ceFvf
— FNH (@opfarhan) July 10, 2018
Hak yang paling utama untuk golongan LGBT ialah hak beragama, & dibimbing. Ada NGO seperti WAFIQ https://t.co/7gURl5kJmG melalui Unit Muhajirah WAFIQ yg menyantuni golongan LGBT yg mahu berubah. Peranan kita sbgai msyrkt sepatutnya membimbing mereka,bkn menerima normalisasi LGBT
— FNH (@opfarhan) July 10, 2018
Kalau perlukan penerangan lebih lanjut, boleh baca artikel2 di bawah yang menerangkan masalah ini. Boleh juga ikuti tokoh seperti @DrRafidahHanim yang berada di lapangan menyantuni golongan LGBT.
Rerurai tamat. https://t.co/ikzUV4J7bt
— FNH (@opfarhan) July 10, 2018
Penjelasan paling tepat mengenai isu ini?
Sumber: Twitter