Daripada bintang gusti sehingga lah ke pentas lakonan, Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan nama ‘The Rock’ kini merupakan salah seorang selebriti paling mendapat bayaran tertinggi di Hollywood. Boleh dikatakan setiap filem lakonannya pasti akan dapat sambutan hangat di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, filem terbarunya Skyscraper telah mendapat kritikan penonton. Menurut mereka, salah satu aksi di dalam filem tersebut tidak masuk akal. Siapa dah tengok?
Aksi lompat tidak logik?
Selepas beberapa hari filem ini ditayangkan, sesetengah penonton merasakan salah satu aksi di dalam filem tersebut disifatkan sebagai tidak logik. Anda boleh lihat poster filem Skyscraper dimana The Rock cuba untuk lompat dari kren ke bangunan kerana ingin menyelamatkan keluarganya dari dijilat api.
Tidak cukup dengan itu, beberapa orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengiraan merasakan karakter The Rock dalam filem itu sepatutnya ‘mati’.
Lihat penjelasan di bawah pula
We believe in @TheRock.
One of our physics professors took a look at the @skyscrapermovie trailer to determine the feasibility of the jump. So would he make the jump? #SkyscraperMovie
Find out more ? https://t.co/FB6AINyIYq pic.twitter.com/u7n14lAQtl
— UCF (@UCF) July 6, 2018
The Rock turut beri respon mengenai aksi ‘lompat’ itu
Sumber: Twitter