Semalam viral di Twitter apabila video seorang bapa bersama anaknya telah direkod buat kali terakhir sebelum si bapa meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Menurut beberapa individu yang mengenalinya, arwah merupakan pemilik sebuah butik dan mempunyai karakter yang sangat baik dan suka bersedekah. Jom lihat video sedih ini. Paling sebak bila lihat reaksi anaknya memandang muka bapanya.
‘Kalau Abah mati macam mana?’
Ya Allah sebaknya, arwah mcm tahu je dia nak tinggalkan anak dia .
Al-fatihah??? pic.twitter.com/IDW7FgD9T8— Asyraf (@Acap_aan) July 26, 2018
Seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu video dimana si bapa ‘berborak’ dengan anak perempuannya sebelum maut akibat kemalangan jalan raya. Video itu telah mendapat lebih 18k perkongsian di Twitter serta netizen berkongsi perasaan sedih dan menceritakan serba sedikit mengenai arwah semasa hidup.
Arwah seorang yang baik, suka bersedekah
Netizen kongsi perasaan sedih
Sumber: Twitter @Acap_aan