berita

‘Terima kasih Ibu Kerana Menerima Faz Seadanya & Melahirkan Seorang Imam Yang Cukup Membahagiakan Faz..’

August 29th, 2018 | by Ash Nordin
Lensa Insta

Walaupun nama Fazura besar dalam industri hiburan tanah air, namun ramai menganggap pelakon cantik itu sebagai seorang yang merendah diri dan sangat mesra dengan peminatnya. Fazura juga tidak cepat melatah jika dirinya terpalit dengan gosip atau kontroversi. Selain berlakon, Fazura juga memegang tanggungjawab sebagai isteri.

Terbaru, Fazura telah memuat naik foto serta kapsyen yang sangat sweet sempena hair kelahiran ibu mertuanya. Comel juga ibu Fattah Amin ni kan?

‘Love you ibu’- Fazura

Sanah Helwah buat seorang wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai Ibu mertua yang amat dikasihi. Beruntung nya saya dikurniakan Ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih-sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan. Terima kasih Ibu kerana menerima Faz seadanya dan melahirkan seorang Imam yang cukup membahagiakan Faz, di dunia dan akhirat InsyaAllah. Doa Faz buat Ibu semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, rezeki,
dipanjangkan umur dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT. Love you Ibu

Manis mak mertua, sejuk mata memandang..

Sumber: Instagram @missfazura

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×