Tindakan berani seorang lelaki bergelut dengan perompak sewaktu diserang mendapat pelbagai respon daripada netizen. Menerusi dua rakaman video yang dimuat naik kakak mangsa, mangsa dilihat ditikam pada bahagian pinggang sehingga terduduk.
Walaubagaimanapun, laporan polis sudah dibuat dan mangsa dalam keadaan stabil.
Adik ditikam perompak
Zaman sekarang bahaya betul. Adik aku kena tikam dgn org luar yg meluru masuk sbb nak rompak duit dkt kaunter. Alhamdulillah nyawa adik aku panjang ? pic.twitter.com/hYE3aOS0IF
— fatinfaziera (@atenrara) September 5, 2018
Ni lagi satu rakaman cctv. Maybe org vietnam adik aku cakap. Sbb dia pun tak sure sgt. Polis tgh cari org tu. pic.twitter.com/FRPJpUAeyF
— fatinfaziera (@atenrara) September 5, 2018
Menurut laporan polis, lebih kurang pukul 8.49 malam semasa sedang menguruskan daftar masuk bilik hotel mangsa telah didatangi seorang lelaki yang meluru ke arah kaunter. Lelaki tersebut meminta duit namun pergelutan berlaku selepas mangsa melihat ada senjata bersamanya. Semasa bergelut, mangsa telah ditikam di bahagian pinggang dan lengan belakang menggunakan gunting.
Kesan darah dan luka
Kesan darah & luka tempat tikaman
Tempat tikaman dijahit
Sumber : Fatin Faziera