Pelakon popular, Datin Rebecca Nur Al-Islam memaklumkan perkongsian gambar di media sosial dibuat kerana berasa bangga menerima kehadiran usahawan Bonda Rozita Ibrahim sebagai kakak ipar.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak ada Urusan Perniagaan Dengan Dia’ – Bonda Rozita Nafi Rebecca Berhutang RM1.5 Juta

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bersumpah Tak Pernah Berhutang RM1.5 Juta Daripada Kakak Ipar Saya, Bonda Rozita’ – Rebecca Nur Al Islam

Gambar keluarga je

Menerusi perkongsian di Youtube Astro Gempak, Rebecca, 39, berkata tujuan perkongsian foto itu dibuat kerana mahu menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga.

Hampir empat bulan mereka nikah, barulah saya sebagai adik kongsi foto mereka, bukan gambar Bonda tapi gambar keluarga.

Tapi gambar itu pun dikongsi selepas saya nampak Bonda Rozita muat naik gambar dia dan suami di Mekah.

Niat saya kongsi gambar hanyalah mahu menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga.

Tujuan saya baik. Tiada niat apa pun. Saya bangga Bonda jadi kakak ipar saya. Dia merupakan seorang yang berjaya dan idola kepada wanita di luar sana.

Rebecca berkata demikian menerusi sesi temubual di saluran Astro Gempak ditemani kakak sulugnya, Farah.

Sementara itu, Rebecca juga mengakui sedar dengan permintaan Bonda berkaitan tidak mahu gambar dikongsi selain isu perkahwinannya dibesarkan.

Pun begitu, dia tidak menyangka perkongsian tersebut mendapat respons negatif daripada orang ramai.

Saya terkejut sebab ada pihak tidak suka. Saya tidak kongsi gambar merepek, saya hanya kongsi gambar keluarga.

Kami ada group bertiga, Bonda ada cakap tidak mahu perkara ini jadi besar.

Terdahulu, Rebecca menyorot perhatian ramai selepas didakwa mencetuskan kekecohan apabila memuat naik video menjawab tuduhan menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.

Sumber: TikTok