Anak kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim iaitu Maryam Nur Amani mencuri perhatian apabila dilihat membidas hantaran yang dibuat seorang pelakon, difahamkan ditujukan kepada Rebecca Nur Al-Islam.

Artikel Berkaitan: ‘Oh Ini Ke Suami Baru Bonda Rozita?’

Tak salah ‘upload’, tapi…

Menerusi Instagram Story (IGs), Maryam mendakwa Rebecca tidak menghormati permintaan ibunya yang tidak selesa untuk berkongsi gambar dan kebahagiaan keluarga di media sosial.

Ujar Maryam, pelakon wanita itu seakan tidak memahami mesej jelas yang diberikan emaknya supaya tidak memuat naik sebarang gambar dan video kepada umum.

Tidak salah berkongsi gambar dan kenangan keluarga, tetapi salah apabila orang yang terlibat tidak mahu ia didedahkan.

Dia menyatakan kepada anda sendiri bahawa dia berasa tidak selesa dengan tindakan anda yang berkongsi gambar dan video. 

Saya rasa datin (Shahida) tak bodoh, yang bodoh tu awak.

Awak tak faham bila mak saya cakap yang dia tak nak sesiapa muat naik video atau gambar tapi awak tetap buat juga.

‘Money can buy class’

Lebih menghangatkan keadaan, Maryam dilihat sempat memerli Rebecca mengenai kelas dan gaya hidup serta berkongsi hantaran mesej (DM) daripada netizen yang menyokong kenyataannya.

Terdahulu, Rebecca tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.

Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem ‘Keramat’ itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida.

Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.

Sumber: IGs Maryam