Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mencuri perhatian apabila tampil memberikan ulasan berkaitan dengan isu poligami menerusi aplikasi Threads.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Bidas Netizen Gesa Minta Maaf Kepada Umisya – ‘Kita Diam Jangan Bagi Berbunyi’

Poligami bukan tentang kewangan?

Menerusi ciapan yang dibuat, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan meluahkan rasa tidak setuju apabila ada segelintir berpendapat kewangan bukan satu kepentingan sebaliknya kasih sayang menjadi tunjang utama kepada kebahagiaan hidup berpoligami.

Bukan itu sahaja, bekas ahli kumpulan ‘Elite’ turut mempersoal golongan isteri yang memilih untuk hidup bermadu sedangkan si suami tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

Terbaca satu thread tentang poligami, ‘Poligami bukan tentang kewangan, tapi tentang kasih sayang’. Hah? Salah besar itu.

Siapa-siapa yang tulis itu baik tarik balik. Menempah kalau teruskan. Banyak-banyak sunnah, kenapa poligami jadi pilihan?

Nak tanggung diri sendiri pun sedihhh, apatah lagi nak tanggung anak orang. Sekarang pun ramai je isteri monogami yang tanggung diri sendiri. Apatah lagi yang berpoligami.

Memang sendiri juga cari rezeki, tanggung keperluan sendiri. Itu yang hairan kenapa nak juga diduakan.

Tak tentang poligami

Sementara itu, pelakon berusia 48 tahun ini memaklumkan dirinya tidak menolak poligami namun menasihatkan para suami untuk menambah ilmu sebelum bermimpi untuk beristeri ramai.

Saya tak menentang poligami tapi kalau tak ada ilmu, tak payahlah seronok sangat sebab kahwin itu bukan macam main masak-masak.

Dilahirkan atas dunia ini sebagai hamba Allah pun dah besar tanggungjawabnya, apatah lagi nak jadi seorang suami yang beristeri lebih dari satu.

Takyah sembanglah, seorang pun makan minum pakai, tempat tinggal tak tertanggung sempurna apatah lagi kalau ramai.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat Abby.

Komen netizen

Sumber: Threads