![[VIDEO] Shukri Yahaya Mahu Tonjol Kelainan, Lakon Babak Buka Baju Demi Jiwai Watak – ‘Saya Harap Penonton Terima’](https://media.ohbulan.com/2025/04/ShukriYahayaBukaBajuBB1.jpg)

Pertama kali memegang watak penting dalam filem, Shukri Yahaya mengakui tidak kekok untuk melakonkan babak buka baju menerusi filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’.
Artikel Berkaitan: Blood Brothers: Bara Naga Raih RM9.2 Juta Kutipan Selepas Dua Hari Ditayang!
Harap penonton suka
View this post on Instagram
Ketika ditemui OhBulan!, Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya berkata, babak membuka baju itu juga dijayakan sebagai satu bentuk ‘character development’ bagi watak yang dibawakannya.
Justeru, Shukri berharap penonton bersedia menerima kelainan yang cuba ditampilkannya menerusi filem arahan Syafiq Yusof itu.
Pada saya, babak buka baju itu merupakan satu ‘character development’ untuk untuk tunjukkan transformasi watak Fadlan yang sebelum dan selepas.
Dan saya bersetuju dengan rela hati untuk buat perkara itu adalah untuk menghidupkan watak ini.
Saya harap orang terima sebab saya nak juga penonton nampak kelainan pada saya.
Berkongsi lanjut, bapa kepada dua orang ini memaklumkan dia juga melakukan beberapa bentuk senaman serta menjaga pemakanan bagi mendapatkan otot badan.
Untuk menjayakan babak itu pula saya memang buat badan dan jaga pemakanan.
Saya banyakkan ‘exercise’ di rumah dan banyak buat persiapan dari segi latihan ‘sparring’ bersama Defenderz.
Rasa berdebar-debar

Ketika ditanya perasaan dirinya melihat lakonan sendiri menerusi filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ ini, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘7 Hari Mencintaiku’ ini mengakui berasa gementar.
Tambahnya, banyak perkara yang boleh diperbaiki bagi menambah baik mutu lakonan layar peraknya di masa akan datang.
Sebagai seorang pelakon sudah tentu banyak perkara yang saya rasa tak puas.
Dan ada juga yang saya rasa mungkin saya boleh buat lebih baik.
Saya rasa berdebar-debar sebab ini kira filem pertama saya kan? Saya takut kalau-kalau orang tak suka.
Jadi saya dengan filem-filem seperti inilah dapat menguji lakonan saya.
Sekadar info, Shukri melakonkan watak Fadlan yang merupakan anak kepada Dato Zul dalam filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’.
Selain Shuk, filem arahan bersama Abhilash Chandra ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

