Personaliti televisyen popular, Fedtri Yahya tidak dapat menyembunyikan perasaan bangga apabila menghantar anak perempuannya mendaftar masuk di sebuah sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fedtri Yahya Syukur Anak Dapat 8A UPKK – ‘Kakak Study Sampai Renyuk Buku’

Artikel Berkaitan: Ditanya Mengenai Kantin Buka Masa Bulan Ramadan, Ini Respon Fedtri Yahya – ‘Perlu Sesuai Dengan Kadar Akal & Kemampuan’

‘Selamat berjuang’

Menerusi perkongsian di Instagram, Fedtri memuat naik gambar memaparkan momen dia memeluk anaknya, Indah Sutera Jannah yang dilihat sebak ketika mahu berpisah.

Dalam rasa bangga, Fedtri akui terselit rasa sayu kerana terpaksa berpisah jauh dengan puteri sulungnya itu.

Selesai mendaftar. Selamat berjuang kakak di tempat impianmu.

Kuatkan semangat. Doa kami sentiasa mengiringi perjuanganmu.

‘Daddy pula yang menangis’

Mengenang kembali, Fedtri berkata sebelum ini anak perempuannya yang akan menitiskan air mata apabila dia keluar rumah mahu bekerja.

Hm itulah putarannya. Dulu saya susah nak pergi kerja sebab kakak menangis.

Sekarang saya pulak menangis sebab kakak keluar belajar.

Insya-Allah sekejap saja tu. Pejam celik nanti dah SPM.

Sumber: Instagram