berita

Ditanya Mengenai Kantin Buka Masa Bulan Ramadan, Ini Respon Fedtri Yahya – ‘Perlu Sesuai Dengan Kadar Akal & Kemampuan’

April 5th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Personaliti televisyen terkenal, Fetri Yahya yang aktif di media sosial sering kali dilihat dalam menjawab pertanyaan dari umum mengenai isu-isu terkini. Kariernya dalam mengacara rancangan ‘Jejak Rasul’ itu membuatkan beliau lebih dikenali sehingga hari ini.

Artikel Berkaitan: Dakwa Lirik Lagu Sesuci Lebaran Hina Orang Miskin, Ini Respon Fedtri Yahya – ‘Kena Banyakkan Membaca Bahasa Melayu Banyak Kiasan ..’

Artikel Berkaitan: Fedtri Yahya Tegur Penganjur Majlis Berbuka Ajak Anak Yatim & Pelajar Tahfiz Berjoget Atas Pentas

Artikel Berkaitan: ‘Selalu Tonton Rancangan ‘Jejak Rasul’ Di TV3? – Pelajar India Raih Keputusan 9A Dalam SPM, Tasawwur Islam A+

Daya tahan yang berbeza

Menerusi hantaran di laman Instagram (IG), seorang individu dilihat memberi soalan kepada Fedtri dan meminta pendapatnya mengenai pembukaan kantin di sekolah semasa di bulan Ramadan.

Fedtri atau nama penuhnya Ahmad Fedtri Yahya memaklumkan ianya perlu dalam mewujudkan suasana Ramadan, namun, harus diingati bahawa kanak-kanak memiliki daya tahan yang berbeza.

Mungkin ada yang sakit, ada yang tak mampu teruskan puasa, anak yang jalan kaki ke sekolah kerana faktor tiada kenderaan, atau terlepas sahur, penjaga tidak sempat sediakan makanan dan lain-lain.

Imarah Ramadan masih dapat dicapai dengan aktiviti lain seperti mengaji, program agama, ceramah, kuiz, nasyid dan lain-lain.

Apa yang dibuat perlu sesuai dengan kadar akal dan kemampuan mereka.

Reaksi ibu bapa

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditonjolkan dalam kalangan netizen dan ibu bapa. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripadanya memilih untuk mengukuhkan solat anak-anak daripada mula berpuasa.

Sumber: Instagram @fedtriyahya

SKIP THIS AD ×