![[VIDEO] Syasya Rizal Kongsi Perjalanan Berhijrah, Tidak Mudah & Uji Mental – ‘Kadang Rasa Patah Balik Itu Mungkin Lebih Mudah’](https://media.ohbulan.com/2025/03/syasya-7.jpg)

Bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal berkongsi perjalanan berhijrah yang penuh cabaran dengan pelbagai tanggapan terhadap dirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syasya Rizal Hampir Lahirkan Bayi Pramatang, Alami Pendarahan Ketika Usia Kandungan 30 Minggu – ‘Saya Duduk Dalam Labour Room Empat Hari’
Artikel Berkaitan: ‘Jojo Amal Selawat Sebanyak 10,000 Sehari, Semoga Pemergian Menjadi Asbab Hidayah Seluruh Alam’
Menguji mental
@syasya.rzl A little reminder to my girlies yang trying to keep istiqamah ?? We got this okie, slowly but surely.. btw lurve betul tudung dari @Hegira Official ? ???? – Sasablue
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal memaklumkan bahawa persepsi orang luar membuatkan dirinya pernah terfikir untuk kembali tidak bertudung.
Tambahnya, dia hanya berusaha menjadi yang lebih baik daripada hari-hari sebelum ini.
Sejak saya pakai tudung, perjalanan itu sangat mencabar dan menguji mental.
Ianya tidak semudah yang orang nampak.
Kadang-kadang akan terfikir, patah balik itu mungkin adalah cara yang paling mudah.
Orang ingat kita dah alim tapi tidak pun. Saya sama saja macam yang lain, masih mencuba untuk jadi seseorang yang lebih baik.
Berkongsi lebih lanjut, ibu kepada Muhammad Yassir Hayyan itu turut sentiasa mengingatkan diri sendiri agar tidak riak dalam proses untuk istiqamah.
Kata-kata semangat

Dalam pada itu, Syasya sempat menitip pesanan kepada wanita di luar sana yang dalam proses beristiqamah untuk perlahan-lahan menjalani fasa baru.
Untuk semua wanita di luar sana yang tengah berjuang untuk istiqamah, tidak mengapa jika perjalanan itu agak lambat dan jangan terlalu memaksa.
Perjalanan kita semua tak sama, jadi tak perlu bandingkan dengan orang lain.
Slowy but surely.
Sumber: TikTok @MamaSya2








