berita

[VIDEO] Kempen Solat Subuh Didakwa Tak Ikhlas, Pendakwah Tampil ‘Back Up’ Alif Satar – ‘Kau Ingat Kau Tuhan Ke Nak Judge Orang?’

January 26th, 2024 | by Alia
Kini Trending

adnin alif satar

Kempen gerakan solat subuh yang diilhamkan oleh penyanyi dan pelakon, Alif Satar mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Namun, niat baik selebriti itu menimbulkan rasa kurang senang terhadap segelintir warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pendakwah Puji Kempen Solat Subuh Alif Satar, Seru Artis Lain Sebar Pengaruh Baik – ‘Inilah Fenomena Yang Ditakuti Oleh ..’

Artikel Berkaitan: ‘Kesian, Nak Sembah Tuhan Pun Perlukan Influencer’ – Ada Yang Kurang Senang Dengan Gerakan Solat Alif Satar?

Keikhlasan akan hadir

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pendakwah bebas Adnin Roslan memberikan pandangan terhadap pertanyaan daripada salah seorang pengikutnya di media sosial.

Apa pandangan Ustaz tentang kempen subuh macam Jumaat Alif Satar tu? Macam tak ikhlas je.

Adnin kemudian menyelar individu tersebut kerana mempertikaikan keikhlasan dan usaha yang telah dilakukan oleh Alif.

Menurutnya, istiqamah adalah elemen penting dalam sesuatu perubahan. Justeru, kita tidak layak menilai sesiapa pun yang ingin berubah untuk menjadi insan lebih baik.

Kau ingat kau tuhan ke nak ‘judge’ keikhlasan orang lain? Yang tahu ikhlas atau tak tu Allah je. Kerja nak sangka buruk je.

Setiap sesuatu tu ada permulaannya, awal-awal kita nak berubah mungkin sebab ibu bapa paksa, sebab nak kena puji, ikut kawan dan boleh jadi sebab artis..tak mengapa itu permulaan.

Tapi bila kita istiqamah dalam kebaikan itu, lama kelamaan ikhlas akan hadir. Yang penting mula buat baik dulu.

Dalam masa yang sama, Adnin turut memuji inisiatif yang telah dilakukan oleh pelantun lagu Anugerah Terindah tersebut selain menyeru individu-individu yang mempunyai pengaruh untuk meneruskan usaha berkenaan.

Kempen Alif Satar buat ni sangat bagus, wajar dipuji dan dicontohi. Ini bukti, artis buat dakwah beri kesan baik. Dakwah ni kerja semua orang Islam, tak kisahlah kita ni baik atau tak. Semua orang layak buat dakwah.

Saya nak seru semua pelakon, penyanyi dan pempengaruh yang banyak pengikut tu kalau korang buat dakwah dan kebaikan, inilah kesannya.

@adninroslan

Dengar sampai habis. #ustazadnin #tarbiahsentap #tiktokguru

? original sound – Ustaz Adnin – Ustaz Adnin

Sumber: TikTok Adnin Roslan

SKIP THIS AD ×