

Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita warga Jepun ditemui maut didakwa terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, pada Jumaat.
Artikel Berkaitan : Pelakon Syazlin Zainal Maut Terjatuh Tingkat 22 Pangsapuri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Akiko Dah Jaga Saya & Sky Dengan Terlalu Baik, Tak Ada Orang Boleh Buat Macam Tu’ – Ridzuan Ridzokumura
Wanita Jepun jatuh kondominium

Foto: Malaysia Gazette
Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an itu ditemui tertiarap di atas tanah.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya iaitu Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, pihaknya menerima panggilan menerusi talian MERS 999 sekitar 8:07 pagi. Susulan daripada itu, pasukan peronda dikerah ke lokasi kejadian.
Difahamkan, mangsa menetap di Malaysia kira-kira 14 tahun lalu dan merupakan seorang suri rumah.
Keluarga mangsa sudah dimaklumkan berkenaan kejadian itu dan surat pelepasan jasad sedang dibuat kemudian diserahkan kepada suami mangsa.
Hasil siasatan awal ke atas tubuh mangsa dan lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR), dan bedah siasat akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.
Sumber: Harian Metro








