berita

[VIDEO] Enggan Ulas Mengenai Spekulasi Bertebaran, Abang Pelakon Syazlin Zainal Serah Siasatan Kepada Polis

November 12th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Syazlin Zainal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2, jam 10.10 pada malam Jumaat.

Artikel Berkaitan : Pelakon Syazlin Zainal Maut Terjatuh Tingkat 22 Pangsapuri

Nak sambut ‘birthday’ sekali

Menurut abang sulung Allahyarhamah Syazlin Zainal iaitu Ezra Zaidi berkata perancangan untuk menyambut ulang tahun kelahirannya bersama-sama tidak kesampaian.

Kata Ezra, Allahyarhamah sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur pada Khamis lalu memandangkan hari jadinya pada 14 November namun siapa sangka ajal yang menjemput.

Dia sudah berjanji nak sambut hari jadi kami sama-sama dan sepatutnya datang ke Kuala Lumpur semalam tapi tidak kesampaian.

Ezra berkata demikian ketika ditemui sejurus usai upacara pengebumian jenazah Syazlin di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2.

Ditanya tanda-tanda pelik sebelum pergi buat selamanya, Ezra, 35, menyatakan buat pertama kali Allahyarhamah memuat naik gambar mereka bersama di media sosial pada 8 November lalu.

Sejak dia bergelar selebriti, arwah sangat menjaga privasi kami sekeluarga dan tidak pernah memuat naik apa-apa gambar kami di media sosialnya.

Tapi pada hari jadi saya 8 November lalu, itu pertama kali dia post dan tag sekali. Tak sangka pula itu menjadi petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Serah siasatan kepada pihak polis

@ohbulanofficial Netizen janganlah buat speku speku yang mengundang. Kita tunggu je laporan daripada polis. Al-fatihah buat arwah ?? #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #syazlinzainal ? original sound – Ohbulan

Dalam pada itu, Ezra enggan mengulas mengenai spekulasi punca Allahyarhamah jatuh dari tingkat 22 yang bertebaran di media sosial.

Ikut laporan polis saja. Kes ini pun masih dalam siasatan polis. Kita tunggu nanti.

Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan Allahyarham maut dipercayai jatuh daripada tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar.

Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

SKIP THIS AD ×