Perlawanan epik UFC antara Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor tengah hari semalam sememangnya dinantikan penonton di seluruh dunia. Manakan tidak, sebelum mereka berentap di dalam gelanggang, McGregor sudah melancarkan ‘serangan’ terhadap keluarga Khabib, merendahkan kepercayaan agama Khabib sebagai seorang Muslim serta berkata buruk tentang bapa petinju dari Russia itu.
Semalam perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Khabib. Namun perkara tak disangka berlaku apabila Khabib lompat keluar dari gelanggang seterusnya menyerang pasukan latihan McGregor. Bagi Khabib, dia sangat geram dengan sikap angkuh McGregor dan ada sebab mengapa dia lakukan perkara tersebut.
Percaya kepada Allah..
You wanna know what’s behind Khabib’s success? pic.twitter.com/AxpPBYY4Et
— ?????? (@_Tutanoussef) October 7, 2018
Biarpun McGregor sering kali mengutuk Khabib di sidang media, namun lelaki dari Russia ini tetap merendah diri dan tenang kerana baginya, dia memegang kuat kepada agama Islam dan percaya bahawa Allah S.W.T akan sentiasa bersamanya.
Minta maaf, ada sebab dia melakukan perkara itu..
5) Khabib apologizes for jumping the fence and says he wants to change this game from trash talking to a game of respect
A True Champion ?
pic.twitter.com/XwUymlymMk— Rifadh (@RifadhTweets) October 7, 2018
Susulan tindakan Khabib melakukan serangan keatas pasukan McGregor, dia sudah meminta maaf pada sidang media mengenai apa yang berlaku. Dia akui bahawa tidak dapat mengawal perasaan kerana McGregor sudah berkata buruk mengenai keluarga dan agamanya.
Sumber: Twitter RifadhTweets