Sabah menjadi dibawah pemerhatian tsunami oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) susulan puluhan gegaran di selatan Filipina dan kepulauan Indonesia sejak dua minggu lalu. Jabatan tersebut sentiasa berjaga-jaga terutama selepas kejadian gempa bumi di Mindanao dan Sulawesi dengan memantau keadaan Laut Celebes dan Sulu.
Bimbang Tsunami melanda pantai Sabah
Menerusi laporan Mstar, seorang pegawai MetMalaysia berkata terdapat 24 gempa bumi di Sulawesi dan Kepulauan Sunda Kecil serta pulau Mindanao di Filipina dengan magnitud antara 4.4 dan 6.0 skal Richter.
Kita bimbang gempa bumi boleh berlaku di tengah-tengah laut, mengakibatkan tsunami yang boleh menembusi bandar-bandar pantai utara atau timur Sabah
Gempa bumi magnitud kecil melanda Sabah
Menerusi laporan tersebut, Sabah juga mengalami gegaran kecil berskala 1.2 Richter pada awal pagi Khamis lalu. Gegaran itu dikesan pada kedalaman 9 kilometer (km), dengan pusat gempa 13km timur laut Ranau.
Bekerjasama dengan agensi luar
Pegawai itu berkata, bagi memantau pergerakan seismik di rantau ini sepanjang masa, MetMalaysia bekerjasama rapat dengan agensi Filipina dan Indonesia.
Jika kita mengesyaki sebarang aktiviti tsunami, kita akan mengeluarkan amaran awam segera untuk memberi amaran kepada penduduk tentang kemungkinan bahaya dan mengaktifkan protokol kecemasan lain
Selain dari usaha sama tiga negara, MetMalaysia juga akan memantau alat tolok pasang surut di sekitar pantai Sabah.
Sumber: Mstar