Di aplikasi X, tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kebakaran motosikal yang berlaku di sebuah stesen minyak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suap Makanan Pada Rakan Sindrom Down, Tindakan Mahalakshmi Dipuji Netizen

Tindakan pantas pekerja pam minyak

Menerusi rakaman CCTV tersebut, dapat dilihat seorang wanita dan anaknya sedang duduk sambil menunggu suaminya yang sedang memeriksa motosikal.

Sedang si suami sibuk melakukan pemeriksaan, secara tiba-tiba kelihatan api terpercik dari bahagian bawah sehingga membuatkan berlakunya kebakaran kecil pada motosikal.

Melihat kepada situasi berkenaan, seorang pekerja pam minyak stesen berkenaan pantas berlari ke arah tiga beranak itu lalu membantu memadamkan kebakaran daripada marak.

Rakaman CCTV itu kemudiannya tular dan meraih pelbagai respon netizen yang rata-ratanya memuji tindakan pantas pekerja pam minyak berkenaan.

Mereka juga meluahkan rasa sebak melihat situasi yang perlu dihadapi tiga beranak tersebut.

Komen netizen

Sumber: Aplikasi X