Berimaginasi merupakan sebuah aktiviti biasa bagi seorang kanak-kanak. Ada yang berimaginasi menjadi seorang polis, dan ada yang menjadi superhero. Namun ianya mencuit hati apabila mereka terlampau menjiwai watak yang dimainkan.
Seorang pemuda, Afiq berkongsi sebuah video menunjukkan gelagat anak saudaranya berimaginasi menjadi seorang guru menerusi akaun Twitter miliknya. Gelagat comel adik tersebut sangat mencuit hati.
Cikgu yang garang
Haa ni aku record adik sedara aku main cikgu cikgu. Boleh koyak mental siapa jadi student dia ? pic.twitter.com/PSwh37LXZQ
— Afiq (@afiqjohariii) October 28, 2018
Tweet yang mendapat 21k perkongsian dan 11k tanda suka itu menunjukkan adik comel ini menjadi seorang guru yang sangat garang memarahi anak muridnya yang selalu bermain dan tidak membuat kerja.
Sambungan
Aku dah tahu apa hukuman budak yang main dalam class dia geng. Tak boleh balik class! Yang boleh balik class Nur Umairah, which is dia sendiri geng ? pic.twitter.com/hV0pSH8JoS
— Afiq (@afiqjohariii) October 29, 2018
Feeling artis dan jadi mak tiri
Lepas kena buang jadi cikgu, dia tukar career jadi artis pulak geng. Bi tu betulkan dulu dik. Haha pic.twitter.com/U6DgYBeI42
— Afiq (@afiqjohariii) October 29, 2018
Lepas jadi artis sendu, dia try nak rampas bapak aku pulak geng semata mata nak ambik harta keluarga aku! pic.twitter.com/3CWZtaISa0
— Afiq (@afiqjohariii) October 29, 2018
Selain menjadi seorang guru, beliau juga berbakat menjadi seorang mak tiri dan menjadi artis.
Respon warga Twitter
Sumber: Afiq