Kerajaan telah mengumumkan bahawa keistimewaan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan yang meraih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama bakal dihapuskan. Keputusan itu membuatkan mahasiswa ralat dengan berita tersebut.
Pihaknya terkejut
Menerusi laporan Harian Metro, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (YDP MPP USM) Ahmad Syafiq Mohd Nasir berkata, pihaknya terkejut dengan keputusan itu walhal keistimewaan itu sebenarnya merupakan pembakar semangat kepada mereka yang tidak mendapat biasiswa.
Kita faham Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengalami defisit kerana peminjam yang enggan membayar balik, namun terkilan kerana pengumuman itu menyebabkan mahasiswa ketika ini terjejas.
Kami rasa terkilan dan ralat kerana ada mahasiswa yang belajar bersungguh-sungguh selain menyeimbangkan akademik serta aktiviti kokurikulum untuk meraih keputusan ijazah sarjana muda kelas pertama.
Majoriti mahasiswa di institusi pengajian tinggi bergantung kepada PTPTN dan hanya sebilangan kecil yang menerima biasiswa.
Memohon untuk menangguh atau membatalkan keputusan tersebut
Beliau memohon agar kerajaan menangguhkan atau membatalkan mekanisme itu selain mengekalkan sistem sedia ada.
Sebelum ini mereka yang enggan membayar balik hanya disenaraihitamkan dan diberi peluang tempoh lanjutan pembayaran pinjaman.
Sumber: Harian Metro