

Penyanyi kontroversi Indonesia, Virgoun ditahan polis pada Khamis selepas didakwa terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Artikel Berkaitan: Inara Rusli Buat Sujud Syukur, Sah Bercerai Dengan Virgoun
Artikel Berkaitan: Inara Rusli Dakwa Virgoun Siap Minta Poligami Ketika Kantoi Curang
Virgoun ditahan sebab dadah?

Memetik laporan CNN Indonesia, penahanan Virgoun atau nama lengkapnya Virgoun Teguh Putra Tambunan disahkan sendiri oleh wakil Polis Metro Jakarta Barat iaitu M Syahduddi.
Betul, Virgoun ditangkap kerana terkait dalam kes dadah.
Namun pihak polis tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung kes termasuk barang bukti yang ditemui ketika penangkapan dilakukan.
Kes masih lagi disiasat dan kami tidak boleh memaklumkan tentang kronologi kes tersebut.
Terdahulu, nama pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla itu heboh selepas didakwa berlaku curang dengan melanggan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks di belakang isterinya.
Bukan itu sahaja, Virgoun juga dikatakan pernah menulis surat perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatannya itu namun, tetap ingkar dan berlaku curang.
Pasangan itu yang berkahwin pada 2014 dan sah bercerai pada November 2023.
Sumber: CNN Indonesia
![[VIDEO] Nyanyian Negaraku Siti Nurhaliza Di MotoGP Sepang Buat Ramai Terpegun](https://media.says.com/2026/11/ctspci-scaled.jpg)




![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)