berita

Inara Rusli Dakwa Virgoun Siap Minta Poligami Ketika Kantoi Curang

July 21st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Indonesia, Virgoun dan Inara Rusli dilihat masih lagi belum selesai.

Terbaharu, Inara mendakwa suaminya itu bukan sahaja berlaku curang di belakangnya malah turut meminta kebenaran untuk berpoligami.

Artikel Berkaitan: Ajak Buat Seks Ketika Berpuasa, Isteri Dakwa Virgoun Bayar Ramai Wanita Untuk Puaskan Nafsu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penyanyi Langgan Wanita Lain, Isteri Terpaksa Buka Purdah Demi Sara Keluarga

Artikel Berkaitan: Ibu Virgoun Tidak Puas Hati Hanya Dapat RM800 Setiap Bulan, Dakwa Bekas Menantu Tamak Haloba

Mahu berkahwin

Memetik laporan Detik News, perkara itu didedahkan oleh syarikat guaman Inara, Mulkan Let-Let yang memaklumkan bahawa Virgoun menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Dua hari sebelum sambutan Aidilfitri, Virgoun beritahu mahu mengahwini wanita yang dikaitkan curang dengannya sebelum ini.

Dalam pada itu, Inara juga dikatakan sudah bersedia untuk mengemukakan 52 bukti bertulis sewaktu prosiding cerai mereka yang akan dilakukan pada 26 Julai ini.

Difahamkan, segala bukti yang bakal digunakan Inara itu bertujuan untuk membantunya mempertahankan hak penjagaan anak.

Wanita mana yang boleh bersabar apabila suaminya secara terang-terangan berlaku curang. Virgoun bahkan pernah membuat kenyataan bertulis tidak mahu curang lagi.

Kalau ada sebarang bantahan dari pihak Virgoun, kami sudah bersedia dengan segala bukti untuk membela diri.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Virgoun dan Inara menjadi bualan ramai apabila pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla itu didakwa berlaku curang dengan melanggan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks di belakang isterinya.

Bukan itu sahaja, Virgoun juga dikatakan pernah menulis surat perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatannya itu namun, tetap ingkar dan berlaku curang.

Sumber: Detik News

SKIP THIS AD ×