Memang awesome! Itu yang terpancul di mulut admin bila pertama kali menjejakkan kaki di Leekaja Beauty Salon ni. Membawakan konsep kehijauan, salon ini menjanjikan kelainan dan keselesaan kelas pertama bagi pelanggan mereka.
Apa lagi yang menarik? Meh admin nak share lagi!
1. Konsep salon industrial-nature yang pertama di Malaysia
Bila pertama kali menjejakkan kaki di Leekaja Beauty Salon ni, kami terus terkesima melihat konsep industrial-nature yang diketengahkan! Memang lain daripada yang lain.
2. Harga servis yang berpatutan daripada profesional!
Mula-mula admin ingat mesti harga dia mahal! Tapi, ternyata harganya amat berpatutan dan berseusaian dengan keselesaan yang dijanjikan di Leekaja Beauty Salon ini.
Malah, setiap pekerja di sini adalah sangat terlatih, berpengalaman dan sangat mahir dalam bidang masing-masing!
3. Ada muslimah area!
Yang lebih mengujakan lagi Leekaja Beauty Salon juga menyediakan muslimah area yang ditutup dengan tirai supaya boleh menjada aurat pelanggan muslimah!
4. Akses yang mudah
Lokasi Leekaja Beauty Salon ini juga terletak di tengah ibu kota iaitu di G5 -9 Robinsons, Shoppes at Four Seasons Place, 145, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kiranya memang mudah nak akses!
Apalagi, ajaklah BFF korang untuk chill sambil mencantikkan diri di Leekaja Beauty Salon ini!