PELAKON terkenal, Fattah Amin muncul sebagai satu-satunya selebriti Malaysia yang tersenarai dalam 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018. Beliau yang juga suami pelakon jelita, Fazura itu meninggalkan beberapa lelaki Asia antaranya pelakon Korea Selatan, Jung Hae-In dan pelakon Thailand, Max Nattapol dengan berada di kedudukan ke-76.
Senarai tersebut dikeluarkan oleh Starmometer
Menerusi laporan Astro Awani, perkara itu turut dikongsikan sendiri oleh Fattah sendiri menerusi story Instagramnya dan Fazura malam tadi dengan kapsyen ringkas ‘Aiyo I’m Shy Laa’. Sebuah laman web Starmometer yang mengeluarkan senarai 100 lelaki paling seksi dunia 2018 itu berdasarkan undian peminat di Facebook, Instagram dan Twitter.
Turut tersenarai
Tahun ini memperlihatkan rezeki ahli kumpulan BTS dari Korea Selatan, Jungkook apabila beliau dinobatkan sebagai lelaki paling seksi tahun ini. Selain itu, beberapa nama besar turut tersenarai dalam 10 lelaki paling seksi dunia 2018 antaranya, Pietro Boselli, Chris Pine, Ansel Elgort, Harry Styles dan Park Seo-Jun.
Manakala, pelakon negara jiran Indonesia, Joe Taslim berada di kedudukan ke-30 dalam senarai itu.