Semalam seorang individu telah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila meninggalkan komen sensitif terhadap isu perletakan jawatan Sultan Muhammad V. Walaupun sudah meminta maaf, individu tersebut berdepan dengan tindakan susulan daripada pihak majikan.
Artikel berkaitan : Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Komen…
Menerusi laman Facebook Cisco ASEAN, syarikat tersebut mengesahkan individu tidak lagi berkhidmat bersama mereka.
Dapat perhatian majikan
Tidak lagi bersama syarikat
Cisco menghormati tradisi dan undang-undang Malaysia. Kenyataan itu dibuat oleh pekerja dalam kapasiti peribadi dan tidak mewakili pandangan Cisco.
Kami sangat menyesal atas sebarang kesulitan dan meminta maaf. Pekerja tersebut juga telah mengeluarkan permintaan maaf dan tidak lagi berkhidmat dengan syarikat ini.
Walaubagaimanapun, syarikat tersebut tidak menyatakan sama ada individu tersebut meletakkan jawatan ataupun dipecat.
Respon netizen
Sumber : Utusan Malaysia