Kening ni salah satu asas yang akan jadi perhatian dekat wajah kita. Daaan bagi sis Katy kening ni penting sebab sebelum orang pandang mata kita biasanya orang akan pandang kening dulu. Betul tak girls?
Sis Katy selalu sangat dapat permintaan suruh buat tutorial lukis kening. Nak lukis kening sebenarnya taklah sesukar seperti yang orang cakapkan. Ikut je steps yang sis Katy ajar ni, in Shaa Allah kening korang jadi ngam lepas ni.
Ini 6 langkah mudah untuk lukis kening.
Ha lepas hasil tutorial tadi sis Katy share dengan korang hasil before dengan after. Sekarang percaya tak sis Katy cakap kening tu bahagian paling penting dekat wajah kita.
Kalau korang nak tahu step-by-step cara nak lukis kening korang kena baca artikel ni sampai habis. Lepastu tengok video tutorial full untuk tahu lebih detail cara nak lukis kening
Step 1 – Sikat kening secara rapi
Make sure korang sikat kening korang dari bawah ke atas tau.
Step 2 – Ukur melalui tulang hidung
Ikut tulang hidung tau girlss! Sebabnya ini menentukan permulaan kening korang.
Step 3 – Lukis bingkai kening
Make sure lukis bingkai dan warnakan hanya dekat hujung kening sahaja.
Step 4 – Blend kening guna spoolie
Jangan lupa lepas lukis bingkai tu, korang blend sampai hilang line bingkai tadi.
Step 5 – Conceal kening bagi lagi sharp
Betulkan kening korang dengan concealer, confirm nampak lagi sharp!
Step 6 – Maskara kening
Step terakhir jangan tinggal maskara kening untuk pastikan nampak kemas.
Sis Katy harap dengan ajaran sis Katy ni korang sukses dalam lukis kening. Yang penting kena selalu practice tau girlsss. Tanam di dalam hati yang practice makes perfect okay!
Apepun jangan lupa untuk follow dan like Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti trend mekap, fashion dan lifestyle wanita yang terkini.