
Penyanyi Kaka Azraff memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status hubungannya bersama suami, Adam Azriff susulan timbulnya pelbagai spekulasi mengenai pergolakan rumah tangga mereka.
Artikel Berkaitan: ‘Manipulasi Emosi, Sampai Mampus Hidup Jadi Orang Bersalah Sebab Dia Je Betul’ – Kaka Azraff
Artikel Berkaitan: Kaka Azraff Bagi Ulasan Jujur Solat & Iftar Di Masjid TTDI – ‘Seronok & Sejuk, Lain Orang Lain Pengalaman’
Status rumah tangga

Ketika ditemui OhBulan!, Kaka atau namanya sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 36, enggan berkongsi kisah peribadi secara umum.
Justeru itu, pelantun lagu Hilang tersebut hanya memohon doa orang ramai agar diberikan kemudahan dan kebaikan buat dirinya.
Kalau boleh saya nak kurangkan bercerita hal peribadi.
Tapi apa yang saya boleh cakap, doakan lah yang baik-baik.
Saya tak tahu macam mana nak jawab status saya sekarang. Perkara itu pun sangat privasi bagi saya.
Tapi kalau ada apa-apa, saya akan berkongsi. Status itu saya tak boleh nak dedahkan sekarang.
Kaka berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Next Level Gabungan mStar, Suria dan Kuali di Saloma Kuala Lumpur, pada Rabu.
Bagaimanapun, Kaka memaklumkan bakal berkongsi status rumah tangganya sejurus selesai beberapa perkara yang tidak diulas lanjut.
Bila semuanya sudah selesai, saya pasti akan berkongsi dengan semua.
Cuma sekarang ini, saya perlu menghormati dan tak dapat nak kongsi banyak.
Ciapan di Threads bukan daripada pengalaman sendiri

Mengulas lanjut mengenai dirinya yang aktif di aplikasi Threads, Kaka menafikan spekulasi yang mengatakan ciapan yang dimuat naik berdasarkan pengalaman rumah tangganya sendiri.
Menurut Kaka, dia hanya ingin menjadi suara kekuatan bagi individu yang sedang berdepan dengan masalah rumah tangga, agar mereka mampu menemukan jalan keluar demi kebahagiaan diri sendiri.
Perkongsian itu sebenarnya berkaitan dengan karya saya. Ianya tentang perjalanan diri sendiri.
Saya rasa ramai yang boleh faham. Terutama mereka yang sudah berumah tangga, kerana ianya bukan perkara yang mudah.
Memerlukan banyak pengorbanan. Saya mahu jadi suara untuk mereka. Tak salah untuk saya kongsi quotes.
Sebab apa yang saya kongsi, bukan saya saja yang rasa. Ramai orang di luar sana rasa perkara yang sama.
Bukan pengalaman peribadi. Quotes itu semua hanyalah perspektif. Saya ada keluarga dan kawan-kawan yang banyak bercerita tentang rumah tangga.
Bila saya dengar, saya rasa seolah-olah dalam situasi mereka. Saya nak beri mereka kekuatan untuk tempuhi ujian yang sedang dihadapi.
Untuk info, Kaka dan Adam telah sah bercerai talak satu dan pengesahan lafaz cerai itu difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 28 Oktober 2024.
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 6, dan Aryan, 5, dan Atta Adam.








