Penyanyi, Kaka Azraff berpendapat bahawa manipulasi emosi merupakan salah satu bentuk perilaku toksik dalam sesebuah hubungan.

Artikel Berkaitan: Kaka Azraff Bagi Ulasan Jujur Solat & Iftar Di Masjid TTDI – ‘Seronok & Sejuk, Lain Orang Lain Pengalaman’

Artikel Berkaitan: ‘Kami Masih Suami Isteri’ – Kaka Azraff Jawab Status Rumah Tangga

Putar belit

Menerusi satu hantaran di Threads, penyanyi Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 36, menjelaskan bahawa terdapat segelintir individu yang cenderung memutarbelit keadaan sehingga kesalahan akhirnya diletakkan kepada pihak lain.

Tambahnya lagi, situasi tersebut turut melibatkan tindakan menjadikan kemarahan mangsa sebagai isu utama, berbanding perbuatan yang sebenarnya berlaku.

Manipulasi emosi, dia boleh pusing cerita sampai nampak semua salah kau.

Tiba-tiba berubah, bukan lagi pasal dia menipu, tapi pasal kau yang marah.

Orang lain salah

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Takleh Usik’ itu berkata situasi berkenaan boleh menyebabkan seseorang hidup dalam rasa bersalah yang berpanjangan, seolah-olah hanya satu pihak sahaja yang sentiasa berada di pihak yang benar.

Sampai mampus la hidup jadi orang yang bersalah sebab dia je betul.

Orang lain semua nak kenakan dia.

Tak senang, dia asyik nak menang. 

Sumber: Threads