berita

‘Syukor Ni Anugerah Allah Pada Keluarga Dia’ – Foto Bersama Kerbau Jadi Viral, Ini Respon Jurugambar

January 12th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Beberapa hari ini tular gambar seorang remaja 14 tahun bermain dengan binatang peliharaan ayahnya. Gambar yang diambil oleh Mohd Nazri Sulaiman itu telah memenangi 20 gambar terbaik dunia dan juara peringkat Asia dalam kategori Street/People dengan tajuk ‘Sharing Emotion’.

Artikel berkaitan : ‘Saya Tidak Bangga Bila Jadi Tular, Tetapi Gembira Sebab Dulu Ayah Sering Dihina Kerana Pekerjaannya..’

Jurugambar ini juga berterima kasih kepada ayah Mohd Syukur yang memberi izin kepadanya untuk menangkap gambar anak. Dia turut memuji keluarga remaja ini yang sangat baik.

Terima kasih beri izin tangkap gambar anak

Sumber Foto : Nazri Sulaiman

Alhamdulillah..Hari ni tiba-tiba koleksi gbr Syukor viral di media sosial..termasuk gbr saya ini. Alhamdulillah gbr ini telah dipilih sebagai penerima ‘Street/People Photographer of The Year 2018’ oleh Asian Geographic -Image of Asia…

Moga Syukor terus berjaya dan dapat mengharumkan nama keluarga,sekolah dan komuniti kampungnya.

Terima kasih jua buat ayahnya Pok Khamis yg beri keizinan utk saya merakam gbr anaknya ini. Moga Pok Khamis sekeluarga dirahmati, dipanjangkan umur, murah rezeki dan sihat sokmo.

Terima kasih..

Kawan dia bukan kerbau saja

Sumber Foto : Nazri Sulaiman

Syukor ni, kawan dia bukan hanya kerbau saja. Kambing, lembu, angsa, burung semua kawan-kawan dia…Dia orang bergurau macam kawan sekolah… Saya pernah tulis dahulu yg berbunyi ‘ Syukor ni anugerah Allah pada keluarga dia, sebab dalam sejuta orang pun susah nak jumpa budak macam dia….

Saya pernah jumpa ketika travel di Indonesia dan Thailand seorang budak baik dengan seekor kerbau jinak yang telah dicucuk hidungnya…Itu biasa…Tapi tak pernah saya jumpa seorang budak yang boleh berkawan dengan 70-80 ekor kerbau (yang tidak dicucuk hidungnya) dalam satu masa. Mereka dah kenal dah dengan Syukor ni… Sesetengah Kerbau ada namanya seperti Awang(dah mati), Semek, Baba dan kambing ni pun namanya Bo….

Kambing pun dia boleh ajak gusti

Sumber Foto : Nazri Sulaiman

Tengoklah gbr ni , kambing pun dia boleh ajak main gusti.

Bagi sesiapa yang nak datang melawat Syukor di Terengganu, boleh contact abangnya di page ‘Syukor Kampung Boy’ di FB ini. Secara sopan dan sebaiknya jumpalah keluarga Syukor dahulu terutama ayahnya Pak Khamis. Sebab biasanya Pak Khamis akan bawa tetamu ke kandang kerbaunya di Kubang Bujuk bersama Syukor.. Walaupun kerbau-kerbau tu dah kenal dgn Syukor tetapi ia tetap haiwan jugak, faktor keselamatan tetap diutamakan. Sebab itu ayahnya mesti ada bersama.

Keluarga Pak Khamis sangat baik

Sumber Foto : Nazri Sulaiman

Bagi orang dari luar Terengganu yg nak datang samada untuk melawat atau mengambil gambar, Pak Khamis ada sediakan bilik (kira macam bilik sewa alh) di kawasan halaman rumahnya. So tak perlu lah nak sewa bilik hotel mahal-mahal kat Kuala Terengganu tu. Tapi bilik bilik tu standard jer lah ada katil dan kipas, lampu saja…Baru siap tu.. bilik semua siap dah..Siap ada balkoni lagi boleh tengok haiwan-haiwan sambil tiup seruling lagu ‘Anak Gembala’.. Cuma yg istimewanya ialah pagi-pagi bukan hanya dengar bunyi ayam kokok, bunyi kambing, bunyi angsa, bunyi lembu, kuba semua ada. Memang rasa suasana kampung betul….Sarapan pun makanan kampung orang terengganu boh…boleh beli atau makan di kedai hok dekat situ jer…. Nasi dagang, nasi kunyik,nasi minyak ada belaka boh..

Keluarga syukor ni pun baik sangat ..saya pun setiap kali balik Terengganu (wife org trg) mesti datang rumah dia..Dah macm keluarga sendiri

Itulah saja bingkisan ambe…
Moga coretan ini ada manfaat bersama In Sya Allah
Tourism Malaysia Mufti Wilayah Persekutuan Motif Viral Official

Tips untuk jurugambar

Sumber Foto : Nazri Sulaiman

Tips
‘Seorang jurugambar yg terbaik harus pandai menjangka apa yg tidak disangka…’ Seperti ‘moment’ ini. Ketika Syukor bergurau dgn kambing boe ini, Syukor pun nakal, cara dia gurau pun nakal dengan mengusik dan mencuit ‘telur’ kambing tu… Bila telurnya diusik, kambing tu tak senang duduk. Jadi bermulalah adegan ‘gurauan manja’ di situ. Saya sudah siap siaga dgn kamera saya dan naluri saya berkata akan ada satu detik (moment) yang lucu pasti berlaku. Sangkaan saya tepat, tiba-tiba kedua-duanya menjelirkan lidah masing-masing seolah nak mengejek antara satu sama lain. Lantas saya terus membidik kamera saya dan berjaya merakam detik yang unik ini… Alhamdulillah.
Tengoklah cara mereka bergurau… Dah macam P.Ramlee dengan Sudin dalam filem Bujang Lapok…
#syukorkhamis-kampungboy

Sumber : Nazri Sulaiman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×