Kemunculan pelawak Shuib Sepahtu dalam segmen utama radio Hot FM bakal membuatkan konti radio tersebut semakin panas dengan perbualan topik-topik menarik.
Shuib bakal bergandingan bersama penyampai radio sedia ada iaitu Shuk dan Fizie dalam segmen Geng Pagi Hot (GPH) yang akan ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi.
Tukar angin, keluarga baru
https://www.instagram.com/p/BuAlmM9nKcu/
Melalui laman Instagram Shuib, dia memberitahu umum bahawa dia telahpun tukar angin dan bersama keluarga yang baru. Dia juga berharap, kemunculannya di radio terbabit mampu menghiburkan pendengar setia radio berkenaan.
Kenyataan Hot FM
Menerusi Kosmo, radio berkenaan menyatakan bahawa penyampai El akan mengendalikan Muzik Hot dari pukul 10 pagi hingga 4 petang manakala Deen dan Haziq akan bergandingan dalam segmen Jam Hot 4 petang hingga 8 malam.
Manakala Zetty yang merupakan satu-satunya bunga di Hot Fm akan ke udara pada sebelah malam dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam melalui segmen Mega Hot.
Kekuatan setiap penyampai
Manakala menurut Ketua Audiens Melayu, Nik Nor Azura Nik Mahmood, Hot FM masih panjang evolusinya dan masih banyak idea yang ingin dihidangkan kepada para pendengar. Langkah tersebut bagi mengukuhkan jenama radio tersebut dari segi muzik, hiburan dan pengisian gaya hidup terkini.
Perubahan yang dilakukan oleh Hot FM termasuk kemasukan Shuib adalah berdasarkan kekuatan setiap penyampai yang kami percaya mereka mampu menyampaikan isi kandungan yang telah ditetapkan.
Tahun ini merupakan tahun ke-13 HotFM ke udara bagi menemani pendengar.