Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor berkongsi sebuah klip video di laman Twitter menunjukkan dua pelancong asing sedang bermain muzik dan berjalan mengutip sumbangan pelanggan di sebuah kedai kopi sekitar Lembah Klang.
Mengambil berat akan isu ‘begpackers‘ golongan pelancong asing, yang meminta sumbangan daripada orang ramai untuk tujuan menampung kos perjalanan mereka, dia meluahkan pendapatnya.
Pasti kena hambat keluar
kalau budak kecik kulit dark brown, macam rohingya ka bangla ka.. dah lama kena hambat keluar kan?
even adik2 yg cari makan jual buku, pen, gejet… pun owner dah hambat keluar cakap jangan kacau customers. https://t.co/UKQDIUsbgH— ADIBAH NOOR ??? (@adibahnoor) February 18, 2019
Menerusi Twitter pengguna Ushar Daniele telah memuatnaik sebuah rakaman video menyaksikan salah seorang pelancong bermain alat muzik dan seorang lagi meminta sumbangan daripada pengunjung salah sebuah restoran.
Bagaimanapun, video ini telah mendapat respon dari penyanyi Adibah Noor. Menerusi video tersebut penyanyi Terlalu Istimewa ini berpendapat jika pendatang seperti Rohingya atau Bangladesh yang berbuat begitu, pasti sudah dihalau keluar oleh pemilik premis makanan.
Even adik-adik yang cari makan jual buku, pen, gejet pun owner dah hambat keluar cakap jangan kacau customers tapi kalau pelancong barat boleh pula.
Trend zaman sekarang
Selain di restoran, golongan ‘begpackers‘ pelancong asing ini juga dilihat berada di sekitar tepi jalan terutama di tempat peranginan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan beberapa negeri lain.
Ianya seolah menjadi trend buat diri mereka untuk memperoleh wang dari masyarakat setempat walaupun hanya berbekalkan kemahiran bermain alat muzik mahupun membuat pertunjukan api.
Ada juga yang buat hal
Ada juga kes di mana mereka membuat hal dengan melakukan aksi lambung anak yang sangat merbahaya di hadapan khalayak umum bagi memperoleh sumbangan. Kes tersebut yang berlaku di Bukit Bintang baru-baru ini mendapat perhatian pihak media dan pihak berkuasa. Mereka ditahan oleh pihak polis sejurus saja orang awam melakukan aduan .
Reaksi netizen
Rata-rata netizen setuju dan menyokong dengan Adibah Noor mengenai isu tersebut. Bagi netizen, mereka patut berusaha sendiri untuk mendapatkan wang bagi keperluan melancong.
Sumber: Adibah Noor & Ushar Daniele